Tuesday 8 November 2011

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Dalam pengajaran dan pembelajaran di Bahasa Melayu, kata nama sering digunakan. Kata nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Dalam artikel ini, saya akan memperkatakan tentang kata nama am dan kata nama khas. Kata nama am dan kata nama khas mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sejak di Tahap Satu sekolah rendah lagi.

Kata Nama Am
Kata nama am sering digunakan untuk merujuk kepada sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain lagi. Huruf pertama bagi setiap kata nama ditulis dengan huruf kecil kecuali untuk permulaan ayat.

Contoh:
Benda    -  meja, kerusi, kipas, pensel, baju, kereta
Manusia -  ayah, ibu, guru, murid, doktor, jururawat, petani
Binatang -  ayam, itik, kucing, lembu, arnab, kuda
Tempat  -  sekolah, rumah, pejabat, masjid, hospital
Tumbuh-tumbuhan - padi, cendawan, keladi, rumput

Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama am. Cuba senaraikan perkataan-perkataan itu.
1.   Saya pergi ke sekolah pada waktu tengah hari.
2.   Pertandingan itu akan diadakan di dewan pada minggu hadapan.
3.   Ayah membeli sebuah kipas di kedai itu.
4.   Kereta ibu yang rosak itu telah dihantar ke bengkel.
5.   Datuk saya menanam pokok cili dan menternak ayam di belakang rumah.


Kata Nama Khas

Kata nama khas bersifat istimewa dan hanya satu sahaja rujukan dalam dunia. Kata nama khas digunakan untuk merujuk nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul buku dan lain-lain lagi. Huruf pertama pada kata nama khas perlulah ditulis menggunakan huruf besar.

Contoh:
Benda     -  Proton Perdana, Piala Malaysia, Tugu Negara
Manusia   -  Muhammad Azwar, Letchumanan, Marina, Silvia, Cikgu Ashaari
Binatang   -  Si Jalak, Si Tompok, Sang Belang
Tempat    -  Klang, Selangor, Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Belah
Judul buku  -  Dewan Pelajar, Kuntum, Tatabahasa Dewan

Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama kas. Cuba senaraikan perkataan-perkataan itu.
1.  Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Batu Belah.
2.  Proton saga di bawah pokok itu kepunyaan abang saya.
3.  Sang Rangkak membaham haiwan yang menyeberang sungai itu.
4.  Amirul membeli senaskhah majalah Dewan Siswa di Kedai Buku Ramli.
5.  Kakak saya belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

12 comments:

  1. Tumpang tanya..Adakah Sang Rangkak kura-kura ataupun buaya? Pada pengetahuan saya, buaya dipanggil Sang Bedal...

    ReplyDelete
  2. Adakah tiada tumbuh tumbuhan disini

    ReplyDelete
  3. Adakah tiada tumbuh tumbuhan disini

    ReplyDelete
  4. Sang Rangkak itu apa ??????

    ReplyDelete
  5. Sang Rangkak itu apa ??????

    ReplyDelete
  6. tiada tumbuhan ke ?????????

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Apakah cara perbezaan penggunaan Antara sang Dan si?

    ReplyDelete