Cuba Jaya

Halaman ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid menguji kemahiran tatabahasa dan kefahaman.

Sila jawab soalan-soalan di bawah ini. Soalan-soalan ini sesuai untuk dijawab oleh murid-murid tahap 2. Anda juga boleh menggunakan sudut bicara untuk memberi jawapan atau pendapat anda.

Pilih ayat yang betul.

Soalan 1.
A.   Abang saya berjumpa dompet itu di tepi jalan.
B.   Pak Hassan memelihara berpuluh-puluh ekor ayam.
C.   Pokok itu goyang apabila ditiup angin.
D.   Puan Aminah telah mangkat semalam.

Soalan 2
A.   Karipap yang dijual di warung Pak Omar masih panas.
B.   Daun-daun kering itu terjatuh ditiup angin kencang.
C.   Encik Halim kepenatan setelah bekerja sehari-hari di ladang.
D.   Ayah sedang menebas di belakang rumah rumput yang panjang itu

Soalan 3
A.   Salman menerima hadiah dari kakaknya dengan gembira.
B.   Beg itu mereka beli apabila bercuti di Pulau Langkawi.
C.   Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari budak itu.
D.   Setengah orang tidak suka makan buah durian.

Soalan 4
A.   Kita perlu hormat akan kedua ibu bapa kita.
B.   Beribu orang hadir menyaksikan pameran itu.
C.   Encik Wong memberi berkampit-kampit beras di pasar raya itu.
D.   Dia bangun sambil membuka pintu biliknya.

Soalan 5
A.   Mei Ling mengambil penyapu dan menyapu sampah.
B.   Abang bertolak ke Kuantan dengan menaiki teksi.
C.   Pekerja itu berasal daripada Bangladesh.
D.   Semua murid-murid berada di makmal komputer.

Soalan 6
A.   Eh, ambil semula majalah kamu!
B.   Cis, sakitnya kaki saya!
C.   Aduhai, cantiknya lukisan yang kamu lukis ini!
D.   Oh, malang sungguh nasib saya!

Selamat mencuba.